logo
  • HOME
  • CONTACT US
    • who we are?
    • ask me anything :)
    • PHOTOGRAPHER
  • WEDDING@LEPRIKON
    • Custom Album
    • Photobook
    • Photo Frame
    • 2010 Package
    • 2011 Package
  • CLIENT
    • Greg & Renata
    • Hiruwan & Dila
    • Dwen and Ninie
    • Ariffin & Sha
    • Aishah & Arif
    • Ainul & Jen
    • Faizal & Faizah
    • Han & Khairul
    • Erwina & Zahrain
    • Amir & Hanisah
    • Hafizal & Nawwal
    • Ammar & Dalilah
    • Radhika & Ross
    • Zaki and Farah
    • Iskandar & Wahidah
    • Sara & Harold
    • Nana & Azuat
    • Suzaity & Salehin
    • Hafiz & Nana
    • Riza & Wawa
    • Ashraf & Diyana
  • CATEGORIES
    • Autos
    • Birthday
    • concert & gigs
    • Engagement
    • General
    • My Life
    • Potraiture
    • Pre Wedding
    • Slideshow
    • Special event
    • Travel
    • Wedding
  • ARCHIVES
    • August 2010
    • July 2010
    • June 2010
    • May 2010
    • April 2010
    • March 2010
    • February 2010
    • January 2010
    • December 2009
    • November 2009
    • October 2009
    • September 2009
    • August 2009
    • July 2009
    • June 2009
    • May 2009
    • April 2009
    • March 2009
    • February 2009
    • January 2009
    • December 2008
    • November 2008
    • October 2008
    • September 2008
    • August 2008
    • July 2008
    • June 2008
    • May 2008
    • April 2008
    • March 2008
    • February 2008
    • January 2008
    • December 2006
    • July 2006
  • WEBSITES
    • Asraf Sani
    • Azam Mustafa
    • Azrulsham
    • Firrbudi Lensahijau
    • Jasrizal
    • Leprikon.net
    • Made by EPIK
    • Manggis
    • Nazri Pandak
    • Radin Aminurasyid
    • Rufi Latiff RF Mediaworks
    • Rupajiwa
    • Trisno JB
    • Udey Ismail
    • Zatihanani blog
    • Zulkefly EPIK
    • Zulkhas Angah

http://azralramlay.leprikon.net/blog/wp-content/themes/tofurious-22/images/leprikonmain.jpg
http://azralramlay.leprikon.net/blog/wp-content/themes/tofurious-22/images/home.jpg
http://azralramlay.leprikon.net/blog/wp-content/themes/tofurious-22/images/contactus.jpg
leprikon main website
http://azralramlay.leprikon.net/blog/wp-content/themes/tofurious-22/images/info.jpg
http://azralramlay.leprikon.net/blog/wp-content/themes/tofurious-22/images/quote.jpg
http://azralramlay.leprikon.net/blog/wp-content/themes/tofurious-22/images/play.jpg
http://azralramlay.leprikon.net/blog/wp-content/themes/tofurious-22/images/flickr.jpg
http://azralramlay.leprikon.net/blog/wp-content/themes/tofurious-22/images/leprikonfb.jpg
http://azralramlay.leprikon.net/blog/wp-content/themes/tofurious-22/images/facebook.jpg
http://azralramlay.leprikon.net/blog/wp-content/themes/tofurious-22/images/album.jpg
http://azralramlay.leprikon.net/blog/wp-content/themes/tofurious-22/images/blank.jpg
http://azralramlay.leprikon.net/blog/wp-content/themes/tofurious-22/images/blank.jpg
http://azralramlay.leprikon.net/blog/wp-content/themes/tofurious-22/images/blank.jpg
http://azralramlay.leprikon.net/blog/wp-content/themes/tofurious-22/images/blank.jpg

Archive for February, 2009

« Older Entries

La-breithe mhaith agat Tasha

February 28, 2009
Birthday Girl by you.
Sutra n Hana by you.

Ini merupakan birthday Tasha yang ke 3 , housemate sutra kat Dublin dulu. Julung2 kalinya kami ramai ramai yang baru balik dari perantauan berkumpul di rumah Aliff n Ija. Oleh kerana mungkin cuaca panas…. kitorang semua dtg lepas maghrib walaupun jemputan start kul 4.  Sorry ler tuan umah sebab lewat sampai. Aku pun bz sket petang tadik dan terpaksa dtg lewat… heheheh. Tak sempat pun nak bual panjang ngan parent korang sebab kene running pi umah member sat kat Subang. Nanti kalau ada masa kita sambung borak… Terima kasih tuan rumah…..

La-breithe  mhaith agat Tasha bermaksud Selamat hari jadik tasha…. dalam bahasa tempat Tasha dilahirkan.

Sutra jumpa Tasha Birthday Girl Sutra n Hana Epol n Sutra Shira n Deanna Hana Group photo anak anak Epol Hana Shira n Deanna


2 Comments so far

  1. asrafsani March 1st, 2009 2:49 am

    kitorang lagi ler.. tak muncul lansung.. tetamu balik pukul 12 mlm.. kalau aku pegi kang kacau lak family alip berkaraoke

  2. azral March 1st, 2009 7:43 am

    ekkeekek kitorang balik lambat pon serba salah gak sebab lewat sangat balik ehhehehehehe kacau jer…. kitorang buat mcm dublin plak… ehheheh

Posted in Birthday, My Life | Comments Off

Nadi baru , nafas baru, azam baru… wawasan baru

February 25, 2009
New RE Installation by you.

Harini sempat menjenguk jenguk hospital RE ….. nak tengok gak cara dia buat keje. Kemas gak dia buat, maklumla… doktor pakar… So dpt gak aku menyaksikan detik detik bersejarah ni. Bagi yang tak minat kereta mungkin feel dia lain sket, tapi mcm aku ni dah sebati dah ni, bila saat saat ni berlaku, memang aku appreciate this moment. Boleh nampak kereta tersenyum lega. Cuba bayangkan cerita CARS heheheh mcm tu laa…. blog aku ni dah jadik blog bengkel dah skarang…. hehehe maklumla skang ni bz dengan job job architectural dan job job photography buat masa ni aku hold sat. Insyallah nanti ada balik.  Layannnnn…..

New RE installation by you.
mamat ni pasang hos tak tengok manual dah…. dah hafal, serabut kepala aku tengok hos… cemana la dia pikir erk
New RE installation by you.


2 Comments so far

  1. @mmw@t@n February 26th, 2009 1:32 am

    mak aii.. enjinnye.. hebat arr mekanik tu.. tgk pun dah pening..

  2. jas February 27th, 2009 4:43 am

    wah byk job skng ek?tahniah2..kete plak masuk hospital ek..seme baru blaka la nih..betul2 nafas baru..

Posted in Autos, My Life | Comments Off

Rotary Engine is Dead….

February 24, 2009
rotary 13B by you.

Salam, Apa nak buat…Malang tak berbau…. lepas kereta di endorse, jumaat haritu, tak sempat nak pi bengkel utk tukar minyak itam.  Isnin semalam dengan berbekalkan engine oil  terus pi. sebab dah jadik rutin la kan, kereta baru kuar servis la apa yang patut , tukar belting dah buat dah. Minyak itam terlepas pandang plak. Tak sangka pulak sekejapan habis…. on the way tu terus breakdown. Bunyik dia breakdown masa gerak tu sungguh ngeri… bunyik mcm bunyik paper shredder yang nyaring… Bagi pengguna2 rotary, ini mungkin satu mimpi ngeri, dan aku tak terlepas dari melalui mimpi ngeri tu. Terduduk dan termenung aku lepas tu. Sayang la kan.. enjin meninggal… jauh jalan enjin ni dari Dublin dan pernah di Rebuild sekali di UK dan condition mat saleh buat kerja memang cantik dan teliti… sampai sini hancur sebab kesilapan sendiri. Sob Sob…… Tadik pi sat hospital RE , memang satu brg pun takleh pakai. Ini juga first time tgk enjin aku kene barai sekeping sekeping, selalunya enjin seketul, tapi kali ni enjin selapis selapis mcm kuih lapis… pasni leh bawak balik utk buat frame gambar……   Enjin ni langsung takleh pakai dah. Selalunya kalau orang overhaul, kos utk overhaul RE ni bersamaan dengan bawak masuk seketul enjin baru….  apa nak buat terpaksa la. Takde rezeki. Pengajaran utk aku gak. Pening pening….. harap harap la enjin baru ni sihat….

Rotary piston by you.

rotary 13Brotary 13BMazda FC3SSkyline R34rotary 13BRotary piston


14 Comments so far

  1. Nazri February 24th, 2009 9:28 pm

    alamak…tada rezeki..pengajaran tuh,lain kali kena selalu cek minyak itam…heheh

  2. azral February 24th, 2009 10:29 pm

    nazri… aku ni memang jenis selalu cek minyak itam rasanya… cuma kali ni aku tak bernasib baik… dia nyer kurang tu cepat sangat… tak sempat nak sampai ke woksyop… ehhehehhe nak kene buat sendiri la lepas ni…..

  3. Radin Aminurasyid February 24th, 2009 10:59 pm

    minyak itam ko kene sedut dek cuaca panas mesia ni kot, ehehe…

    pepehal bro, tumpang simpati ape yg trjadii… :(

    p/s: beb, skrg ni ade 2 org member nk joen tong2 beli itu ‘pop shovit’.. ;)

  4. azral February 25th, 2009 1:37 am

    Ya… itu sgt logic…. sebab masa kat dublin, takde timbul problem ni. Bila sampai sini, habis makan minyak itam…. banyak dah org jepon komplen mcm tu kekekekek….

    2 org… hmm cun dah tu bro….

  5. asraf February 25th, 2009 2:22 am

    Lagi ok kut jadi kat sini dr jadi kat dublin.

  6. rufi February 25th, 2009 3:24 am

    ler..pengalaman memang pahit untuk ditelan nakwat camnerkan babanyak bersabar…

  7. azral February 25th, 2009 4:30 am

    asraf….. ada terpikir gak tu….

  8. Izwan Ibrahim February 25th, 2009 1:53 pm

    bawak2 la bersabar….ajal dan maut ketentuan tuhan….hehehe

  9. azral February 25th, 2009 3:21 pm

    tu laa…. aku tak kebumikan dia lla… aku awet kasik buat perhiasan wkakakaka

  10. najib February 25th, 2009 3:25 pm

    so keta ko dpt jantung 2nd ‘baru’ la ni? sg congkak proceed tak ni? hehe

  11. azral February 25th, 2009 4:46 pm

    sg congkak insyallah jadik punya…. eehehehee

  12. fly_ February 26th, 2009 12:27 pm

    aiseh…rosak plak, kete aku pun rosak daa…tetiba battery kong nasib badan

  13. anneih February 26th, 2009 12:44 pm

    tak tor…duit ada banyak bawak blik tuh….kalu 2-3 enjin baru pun ko bleh beli punya….lupa dulu aku nak cakap…kalu blik msia jangan boh minyak itam…minyak masak aja lain kali…sabo bro!

  14. azral February 26th, 2009 2:59 pm

    banyak ko nyer minyak masak ehheheheeh
    aku sampai dah korek idung la pikir nak tukar engine ni…. ikutkan hati, aku selubung jer dalam umah tak gerak, letak ps3 ngan screen dalam tu… buat simulation wkakakka

Posted in Autos, My Life | Comments Off

RE on the road…..

February 21, 2009
WOOHHSITTT!! by you.

Akhirnya alhamdulillah segala proses selesai . Semalam pi JPJ pi carik nombor…. Mula mula pi la Shah Alam nyer JPJ… opsss tersilap, itu utk plet Selangor daaa , dah pi plak Wangsa Maju…. dpt no W…. Keyy elll la katakan… wakkakaka…. Urusan beli nombor pukul 245 petang. Bila dah dpt nombor tu baru la pi buat plet ekkeke… nombor takleh declare la nanti along bukit beruntung carik pulak.  Lepas buat plet, teruih dengan seronoknyer pi bengkel member aku kat USJ, Gobek nama dia. Banyak tolong aku mantain keta. Rasa sedey jer bila turunkan plet ireland utk masuk plet baru… rasa mcm ada aura baru… Pastu terus buat aircond… bayangkan keta ni masuk UK 2002 dan kluar UK 2008…. 6 tahun keta ni takde aircond sebab aircon semulajadi lagi kuat.  Pasni semua urusan aku dah setel… lega kepala otak tak tau nak kata apa….. Boleh kosentrate keje… kekekeke….


14 Comments so far

  1. atiqa February 21st, 2009 1:45 pm

    wah tahniah2…settle sudah urusan kete…pasni boleh kami ramai2 tumpang merase kete from UK…hehee

  2. azman February 21st, 2009 5:39 pm

    yg SHii7 tu bukan no plate ke jang?
    bape taruk aircon tu jang? aku pon nak kena
    taruk ni…bila la nak buat…isk isk isk

  3. azral February 21st, 2009 7:09 pm

    Itu bukan no plete penuh…. itu acah acah jer wakakakaka
    air kon keta aku memang ada… gas jer takde kekeke… mcm ko , ko kene la pasang airkon sebab keta ko keta mat saleh hehehehe
    ehh keta ko setel dah erk?

  4. nazri February 22nd, 2009 3:08 am

    tahniah bro..lepas nih boleh la ngetest kat Hiway SILK kat umah ko tuhhhh.heheh

  5. udeyismail February 22nd, 2009 10:30 am

    rindu plak aku nak rase berimpit kat dalam keta ko

  6. Darina Albakri February 22nd, 2009 8:58 pm

    eh torottt
    mek location baekk punye la nk mek gambo kete niii
    blkg tu byk smphhh ishkkk hihihi

  7. azral February 23rd, 2009 2:25 am

    dodot….. ehheheh saja jer tu…. kasik nampak rastic… heheheh

    udey… jom bersempit lagi ehhehehehe

  8. rufi February 23rd, 2009 5:54 am

    Akhirnya berjaya gak ko bawak balik kete nih kat sini secara sah.teringat aku masa aku tumpang pegi n balik keje hari2 sambil layan din beramboi dan rock kapak kat tgh2 kota dublin dulu tuh.syukurlah kerana semuanya selamat di bawak balik. teringat aku masa arthur test kete ko tu kat dublin …skang nih confirm dia tekejut tgk kete ko ni dah ada kat KL siap dah tukau no plat lagi..

  9. azral February 23rd, 2009 11:02 am

    ekkeke alhamdulillah….
    tapi harini RE masuk bengkel… jantung berkecai…… takde rezeki…..

    takpe la…. nak wat cemana… eheheheh

    itu arthur test keta skyline kan bukan RE ni kan?
    aku pun ingat ingat lupa…. kkekekekek

  10. azman February 23rd, 2009 3:11 pm

    jang, camno buleh jantung berkecai jang?
    kau buek apo jadi camtu?
    takpo..pas ni buleh tukar jantung rekon… :-)

  11. rufi February 24th, 2009 1:20 am

    opps lupalak..dia test skyline dia sempat usha RE dari jauh jer hehe

  12. azral February 24th, 2009 11:23 am

    jantung dari Uk tu sayang sungguh… brg baik dalam tu cuma previous owner tak jaga minyak itam…. tambah plak bila aku pakai pun aku tak perasan minyak itam dah kurang dari paras yang sepatutnya….. habis…

  13. asrafsani February 24th, 2009 3:56 pm

    berkat kegigihan.. keluar jugak keta ni.. keta aku gau cam sauna bergerak.. bleh join Man
    jantung tu yg mana satu daa..

  14. azral February 24th, 2009 4:52 pm

    Asrap…. keta ko ngan keta man limerick pon tgh carik aircon tu… roger roger dia kay….
    jantung tu henjin la apa lagi….. nanti aku kasik update cerita….

Posted in Autos, My Life | Comments Off

Jamu mata kejap

February 18, 2009
Iveagh Market by you.

Sambil2 keje tu, kekadang kene gak jamu mata, kasik relax…. bila balik dr negara orang ni la kan… satu bende yang best ialah bila kita dpt tgk balik gambar2 kita . Beratus ribu snapshot aku dah amik rasanya… tapi kali ni aku jamu mata tgk area opis aku kat Dublin… tenang sungguh… oleh sebab tu aku nak share sesama gambar2 yang aku dah amik di sana……enjoyyy

OBK balcony facing wicklow..churchchimneySkyline r33Skyline r33Iveagh Market


Posted in My Life, Travel | Comments Off

Selamat Hari Jadi Emmy

February 16, 2009
emmy 32 by you.

Selamat hari jadik la emmy… semoga tahun ni kita dpt mencapai apa yang kita rancang insyallah. Semoga Allah memberkati segala usaha kita. Tahun ni hadiah yang paling besar ialah kepulangan kita ke tanah air…. itu rasanya hadiah paling besar… kita dah dekat dengan family, takde masalah nak carik makanan, sutra dpt main puas puas kat laman rumah, kluar rumah takyah pakai baju tebal tebal, boleh raya kat mesia lepas 3 kali beraya di perantauan. Selamat hari jadi…….

emmy 32emmy 32emmy 32emmy 32emmy 32emmy 32

Thanks kat udey… dtg join celebration kecil kecilan ni  ehhehehe


9 Comments so far

  1. anneih February 16th, 2009 11:56 am

    emy apy bday…..huhu datang la lepak kat kedah..aku bawak makan baikkk punya…

  2. azral February 17th, 2009 2:24 am

    cheh… ajak aku lepak kedah… punya lah jauh…..
    weh kalau aku dtg pun aku nak pi langkawi… hang buleh bawak jalan tak? ehehhehe

  3. Nazri February 17th, 2009 5:43 pm

    Hepi Betday Emmy..moga murah rezeki selalu,Insyallah

  4. udeyismail February 17th, 2009 6:15 pm

    eppy birthday… dalam nada sedih

  5. azral February 17th, 2009 8:06 pm

    sabar bro…. ada rezeki lain iMac ko tu bro… mana tau kot kot nanti ada rezeki ko nak pakai imac pro ker…
    itu la gambar iMac ko paling last sekali.. at least sempat amik gambar……. iphone ko pon sempat kita main main last day tu…..

  6. azral February 17th, 2009 8:06 pm

    tq…( aku tlg jawabkan utk bini aku )

  7. Radin Aminurasyid February 21st, 2009 9:40 am

    eppy belated birthday…

    beb, dh brape org dh nk tong2 beli software tuh??

  8. azral February 21st, 2009 11:29 am

    setakat ni yang reply msg aku ni baru sorang, atiqa ni. So campur hang ada 3 orang. Rege dia kalau konvert dalam rm710
    bahagi 3 dpt la sorang rm 237…
    so kalau korang nak commit, boleh email aku personally, kita discuss lg payment mcm mana. Radin, serius aku ckp software ni user friendly gak ler… senang giler nak masukkan image pastu ejas la apa ko nak ejas dan dia punya layout pon simple….

  9. nini rohzaina February 27th, 2009 2:36 pm

    kak emmy,

    happy belated birthday~ ;)

    kirim salam hugs+kisses kat sutra ye. bila lah nak jumpa lagi ni..cam jauhh je kan~

Posted in My Life | Comments Off

Sabtu sudah…….

February 14, 2009
souvenir by you.

Our Bar by you.

meja kosong takdak makanan… lapar seyh….

Salam kengkawan pembaca blog,

Yer ker harini ni Valentine? oowwhh ye ker… sori ler aku tak layan la… kalau muda muda dulu aku layan pun masa skolah menengah, masa tu tak tau ape ape.. pastu bila rasa salah jer menyambut tu terus tak mau tau…. 2 hari lagi birthday wife aku. Cukuplah sekadah aku sambut birthday jer sebagai tanda mengingati teman hidup aku. Gaya hidup masakini makin lama makin bz, akibat permintaan buat kerja kerja design yang tinggi. Tak cukup tangan nampak gayanya. Oleh kerana buat masa ni still freelance, insyallah ada masa dan tenaga utk mengusahakannnya. Aku banyak habiskan masa harini duduk depan pc buat 3D la , guna Sketchup. Entah kenapa aku seronok buat bende ni. Dari dulu lagi.  Sambil buat model , aku mendesign ikut citarasa aku, secukup rasa, kalau tawar, tambah garam sket. Bila penat, rilex jap amik gambar , kalau takde idea, makannnnn laaa… ni pon ada rasa lapar ni…. sebelum tu just nak tanya sesapa berminat nak share dana beli software slide show utk flash dan boleh masukkan dalam blog, contact la aku  yer. Nak beli sorang mahal ler.. kalau share mungkin leh kurangkan beban sket….. ni hasil slide show tu….. tapi masalahnya trial ni ada la DEMO MODE tu kan… sendrey mau ingat… itu la kalau ada kengkawan berhajat nak sharing beli, rege dia USD199… tong tong la. Aku rasa senang pakai software ni. Cara nak masuk dalam blog ada di ajar, cara buat pun simple. Kalau nak share  ilmu boleh jer insyallah. Ilmu dan info tak elok sorok sorok… yang mana rasa leh kongsi kita kongsi. Utk kesenangan kita kita jugak kan……. ok , kasik roger la kalau berminat nak share…..


6 Comments so far

  1. akunas February 14th, 2009 7:57 pm

    Bro memang peminat Metallica sejati..
    Metallica History – “memang” worth to read

  2. pa February 15th, 2009 7:53 am

    salam bro…apa nama software ni

  3. azral February 15th, 2009 11:48 am

    pa itu program Showit….
    kalau minat nak share beli kasitau erk…

  4. Kamal Fiji February 16th, 2009 4:33 am

    bang,
    leh buat decor or interior design?
    untuk residence…

  5. azral February 17th, 2009 2:26 am

    design tu insyallah buleh jer…

  6. atiqa February 20th, 2009 4:20 pm

    salam boss…kalau minat rm brape? atiqa minat la
    nak software nih…tapi ilmu mmg takde…ajarin skali bisa ngak?? heee ye la atiqa kan new lagi dalam blogging nih…ajar k…TQ boss

Posted in My Life | Comments Off

Sutra menyarung kembali uniform dia…..

February 13, 2009
Sutra with Schumacher Overall by you.

Kuang kuang kuang….. takde kije la ni….
Keje tu ada tapi saja nak tgk dah tahap mana dah pencapaian budak ni….. dulu bukan main banyak lipatan , skang ni sekali lipat jer dah lepas dah… ehehhehe tak sabar nak tunggu dia besar sket , leh jalan dengan betul dan boleh drive gokart kecik kayuh kaki punya…. heheheh takpe tunggu….. pejam celik pejam celik dah besar budak ni. Overall ni beli kat carboot sale , Crumlin Belfast. Murah 8pound jer. Tah sapa la jual agaknyer…. elok lagi plak tu… rezeki kan nak wat cemana…. tu yanga ku suka nak pi car boot sale. Bende yang tak patut murah boleh jadik murah….. ehhehe

6 months - 14 months by you.
ni sutra masa 6 bulan 8 bulan dulu dengan sekarang……
Sutra with Schumacher Overall Sutra with Schumacher Overall Sutra with Schumacher Overall Sutra with Schumacher Overall Sutra with Schumacher Overall Sutra with Schumacher Overall 6 months - 14 months


1 Comment so far

  1. hanif ramli February 14th, 2009 4:46 am

    owh my sutra..
    aku pn xsbr nk tgk die bsr..
    owhh..sgt chumel

Posted in My Life | Comments Off

Seniman Jalanan

February 12, 2009
my favourite shots by you.

Salam semua pelawat blog aku..

Actually aku ada plan nak masukkan gambar gambar semasa di Ireland dalam blog ni yang mana tak sempat aku upload dulu. Maklumla, tangan gatal main snap jer kan. So banyak gambar yang tak release utk di kongsi bersama….. kat sini pulak aku kurang amik gambar lately sebab bz memanjang. Pastu tools yang aku nak pon belum ada lagi… mungkin tunggu rezeki lebeh sket baru sauk kot…. So apa yang boleh aku buat skang sambil2 melepak kat rumah ni ialah dengan selak balik gambar gambar lama dan pilih yang mana nak edit dan buat cerita. Ok kan? Sememangnya masa kat dublin dulu memang banyak masa utk layan hobi photografi ni. Cuma rezeki jer tak panjang kat sana… kalau tak , memang boleh jer amik kelas ker apa ker yang patut sana…. Gambar aku nak tunjuk ni maybe ada yang dah tgk dalam blog aku version awal awal dulu tapi aku dah tukar sistem blog so rasanya mcm dah delete… so aku kluarkan balik gambar ni yang sememangnya memang ada dalam flickr gallery aku…. Masa ni pakai Canon 450D memang best.Masa tu bulan June 2008. Aku suka sebab masa tu aku baru baru belajar dan ianya user friendly. Dia punya control panel pon senang paham. Beli lens 50mm f1.4 masa tu memang terbaik. Di situlah aku mula belajar slow slow bab camera ni. Seronok…. kebetulan ada pesta / pertandingan street performance show….. so masa ni sesuai sangat nak pi shooting. So ni lah hasilnya…. Enjoyz….

View my Flickr Collection http://www.flickr.com/photos/azralramlay/sets/72157606231140271/


go go sutra by you.
Sutra yang baru 6 bulan


2 Comments so far

  1. Kamal Fiji February 13th, 2009 12:21 am

    then why change to Nikon?
    hehehehe…
    ade lagi lense tu?

  2. azral February 13th, 2009 2:05 am

    changed to nikon sebab itu jam kengkawan ramai pakai nikon…. then senang sket nak explore sesama masa tu sebab boleh pinjam lens , tukar tukar lens pon senang. hehehheeh……

Posted in My Life, Potraiture, Travel | Comments Off

Dublin at night flashback………

February 11, 2009

Tadik Udey datang umah jap… tq bro…. sempat jugak tunjuk gamba2 kat Dublin dengan video clip kat dublin. Bila Udey balik jer… aku leh sambung balik nengok gambar2 lama nih pulak… plus dengan lagu irish. Memang melekakan aku. Browse gambar gambar ni memang best. Dah mcm album. Zaman skang ni tak mcm dulu…. album dulu semua dalam buku…. skang ramai memilih simpan jer dalam pc. Tapi masih ramai yang menjadikan album sebagai hardcopy yang HARUS. Tak kira cara mana pun, tujuannya sama, supaya dpt recall balik nostalgia. Sini aku nak ingatkan kengkawan dan diri aku sendiri sebelum apa apa berlaku…. kalau gambar-gambar yang ada dalam hard disk tu, simpan la bebaik dan buat back up. Nak selamat buat la dvd . Biar rugi beli banyak dvd nak masukkan 1Terabyte tu janji nostalgia dalam tu tak ilang… aku ni ha tak buat buat lagik ni…. risau tu memang risau… masa belum mengizinkan… dengan harapan bila aku dah bikin posting ni, cepat cepat la buat…. mana tau HD tu fragile… kot terhentak sket jer boleh kong woooo…. dulu banyak kali jadik… orang kata belajar dari pengalaman lepas hehhehe… ini ada sikit slide show sambilan lagu group Dubliners … School days over. Antara lagu yang aku suka . Santai habih la lagu ni. Rasa mcm ada kat sana…… enjoyzzz……

jangan lupa click play tu ehehehhe

1 Comment so far

  1. Nazri February 13th, 2009 4:14 pm

    best slide bro,tapi ada slow skit la aku rasa..try la donlod kat soundslides.com..ada trial lagi…bole pan and zoom lagi..

Posted in My Life, Travel | Comments Off

Trial slideshow with music…

February 10, 2009

10 Comments so far

  1. pa February 11th, 2009 12:11 pm

    waa..best music dia bro..

  2. azral February 11th, 2009 12:20 pm

    itu music turkey tu …
    laju tak download? ok ker slide show tu? dia ada sangkut sangkut ka?

  3. zetty February 11th, 2009 2:00 pm

    You should send these pictures to a turkish magazine so they can publish it! Such beautiful shots :) ))))))

  4. azral February 11th, 2009 3:59 pm

    thanks zetty… maybe one day, insyallah i will …:)

  5. Radin Aminurasyid February 11th, 2009 4:26 pm

    huhuh.. skali lagu arab daa…

    bebb, ko pakai wordpress ni amcm?? ok tak??
    susah tak pakai mende nih??
    aku pn still tgh xplore mediaplayer nihh??
    la ni pun aku pakai slide flash dlu…

  6. azral February 11th, 2009 5:04 pm

    so far aku puas hati ler pakai ini wordpress…. blog yang mudah utk aku pakai ….. kalau la dari tadika aku ada blog ni best gak…… ehheheh
    slide flash ko tu best dah tu….. kalau kita dapat tong tong beli slideshow mcm CS pakai pun ok gak… ratus ratus… ehheheh

  7. Radin Aminurasyid February 12th, 2009 4:42 am

    maksud aku bro, mediaplayer wordpress ko laa..
    bkn wordpress blog daa, ehe..
    senang nk setup tak mediaplayer yg ko nye tuhh??
    yg CS nye tuh compom kene byr, hehe.. tu yg tanye yg ko nye nihh… :)

  8. azral February 12th, 2009 5:28 am

    aku nyer tu senang jer nak install…. just masukkan plugin tu…..
    tapi ko kene upgrade ko nyer wordpress tu ke 2.7 baru leh pakai… kalau tak takleh …..
    ni website dia…..
    http://thomas.stachl.me/2008/11/29/tutorials/wordpress-gallery-slideshow/

  9. pa February 13th, 2009 1:20 am

    slide show ok bro..takdak sangkut..

  10. azral February 13th, 2009 2:03 am

    ok cun brader… tenkiuw

Posted in My Life, Travel | Comments Off

Sg Chongkak Waterfall

February 9, 2009
Sg Gabai Waterfall by you.
air terjun Sg Gabai

Tghari , aku dok tengah buat keje , alih alih blackout…. cuaca panas… tunggu punya tunggu tah bila bila la nak ada letrik balik ni. Fed up betol…. terus buat adhoc plan pi mandi air terjun… sambil2 tu survey kawasan kot kot nak buat gath ker apa ker…. mula mula pi Sg Gabai hulu langat…. tapi location dia kurang menarik sebab kurang jeram , so semua tertumpu pada waterfall, ramai orang. Agak sempit tempat tu sampai ada yang sanggup berkelah belakang toilet. Aduhai…. siap lunch lagi belakang toilet… tak sanggup aku lah….Then pi Sg Chongkak… pernah pi dulu. Memang location dia agak senang nak pi, plus jeram dia banyak so orang yang dtg boleh pilih port mana yang diorang nak…. ni first time bawak sutra mandi air terjun. Tahan gak budak ni , taknak naik atas tu…. ehheehh , kesimpulannya, best dan release gak boring bila dpt mandi air terjun. Teringat kat Powerscourt Waterfall kat Ireland…. air terjun yang boleh dilihat, dimandi jangan ehhehe sape brani… sejuk woooo… eehhehe

Sg Gabai Waterfall - Aiskrim roti by you.
makan roti aiskerim ….
Sg Chongkak Waterfall by you.
Sg Chongkak
Sg Chongkak Waterfall by you.
Sutra mandi bersama pelampung baru dia… pakai sekali pastu bocor hehehe


4 Comments so far

  1. hanif ramli February 10th, 2009 8:21 am

    wahaha
    sangat best tgk muke sutra men air
    try la bro g mandi kt kaki gnung nuang 2 plak
    masyuk gk bro

    *nk thn lme pki tiub moto la bro hekhekehke

  2. jas February 10th, 2009 9:16 am

    aku ade plan gak nak g sg. congkak ni..tp tak tau bl,dgr org cite mmg best..tak sabar nak tggu anak bole jln kn? kna slalu latih n branikan die berdiri..

  3. azral February 11th, 2009 1:23 pm

    itu ler tu tak sabau nak suruh dia jalan …. ini baru betul bapak ajar anak jalan lurus… tapi jangan lurus sangat….. ehehehe

  4. azral February 11th, 2009 1:25 pm

    gunung nuang ka mana da bro? tak susah ker nak bawak baby……?

Posted in My Life, Travel | Comments Off

Sutra Zahra…..

February 9, 2009
Sutra Zahra n Emmy by you.

Lately ni Sutra dah pun pandai berdiri atas kaki sendiri ataupun berdikari ekkekeke. Cuma dia malas sket nak jalan, paling jauh pun dia jalan 3 langkah… tapi aku teruskan gak usaha paksa dia berjalan jauh sket… ehhehe. Yelah kan skarang ni umur dia dah masuk setahun 2 bulan dah…. Gigi memang dah banyak atas tu….. perangai pun dah mcm mcm …. ehhehe…. Bila aku balik rumah, terpacak kat pintu umah dengan sengih yang lebar dia tu. Bak kata member aku ” menyeringai…” hehehe . Aku masukkan random image ni termasukla sutra pakai tudung heheheh….. aku ni banyak gelak kan?

dibalik slidingSutra Zahra n Emmysatay sedapSutra bertudungSutra berdiri


4 Comments so far

  1. amai February 10th, 2009 5:31 am

    ..best moment!!
    sket ari ko main kejar2 plak ngan dia..heehehe

  2. hanif ramli February 10th, 2009 8:24 am

    owh my sutra
    i lyke pix die yg mlekat kt cermen 2..
    bekilat la cermen umah ko 2
    salute sma sutra da bley bejalan..

    *gelak banyak xde hal bro
    awet muda
    hikhik

  3. azral February 11th, 2009 1:25 pm

    kekeke awet muda erk….. senyum ni leh sembuh banyak penyakit… antaranya penyakit sakit hati ehehheheh
    cermen tu sebenarnya berabuk…. tapi disebabkan bantuan photoshop…. ianya berjaya dkilatkan hehehe

  4. saravanan March 2nd, 2009 9:51 am

    wei macha, wa chaya la… very nice photography images… masih guna 50mm 1.4 ke…?

Posted in My Life | Comments Off

Rotary punya crita

February 5, 2009
Part yang kene bukak utk tgk no enjin by you.
part yang kene bukak kaler ijau

Salam….
aku rasa ada dekat 6 kali kot aku pi west port starting dari bukak kontena haritu. Semua utk urusan mengeluarkan keta kesayangan aku. Nak tinggalkan kat sana, takde sapa nak beli, rugi pulak. Bwak jer  balik pun boleh jadik tukun paling busuk pun. Tapi usaha musti diteruskan. Sentimental value dari Dublin ni. Skang dah hampir dengan penghujung proses nak bawak kluar. Tinggal nak tunggu JPJ kat port endorse jer. Problem nyer ialah diorang tak tau nak letak apa as nombor henjin. Padahal dah dibukak pon bahagian yang perlu dibukak dah no enjin pun dah disuluh. Aiseyman….

RotaryEngine by you.

Enjin rotary ni la enjin paling pelik penah aku tgk. Sebelum beli pon memang dah tau cuma banyak lagii bende yang aku tak tau kene study ler. Satu bende yang konfem ialah perangai diia yang mentekedarah minyak. Satu bende yang best ialah road tax nya rm30 kekekek maklumla 1.3 jer….. Baru aku tau haritu enjin dia boleh cerai cerai piece by piece.

Rotary Engine Number by you.
rotary engine number location by you.

Kemarin dah jumpa Pengarah Kastam utk buat rayuan. Alhamdulillah banyak gak dpt pengurangan. Tax mahal sket sebab ni kereta jepun dan masa ni nilai Yen tengah naik… so naik gak la tax . Kalau sapa balik dari europe tu, beli la keta europe ehhehe…. Tapi yang dah beli tu, takpe…. belasah jer pedulik ape kan…. tapi ada sorang brader ker pakcik kat area port tu dtg tengok kitorang godek henjin sebab nak carik no enjin, sedap dia jer bersuara ” mahal tuuu tax , ko pun, bawak la keta yang berbaloi sikit ” mula mula aku senyap dulu, pikir, pastu situ jugak aku kasitau…. ” ehh , bagi aku ni berbaloi laa… dah aku suka…..”  sabor jer la aku… malas nak tibai lebih lebih sebab ala manusia ni kalau perangai dah mcm tu, layankan jer la…

Gobek carik nombor by you.

Insyallah petang ni or esok keta ni akan aku bawak towing pi masuk bengkel utk pasang balik bende bende yang dah dibukak tu…. amin…..

FD3S by you.duduk la situ sampai aku dtg lagi…

Edit

7 Comments so far

  1. jas February 5th, 2009 7:19 am

    semoga cepat keluar beb..baru ble gulung highway..kekeke

  2. pa February 5th, 2009 9:09 am

    salam bro..best dah balik malaysia…hihi..berapa kena tax keta tu..100% ka?sekarang ni tgh snow tak ingat kat sini..dah 4 hari dah..wassalam

  3. Radin Aminurasyid February 5th, 2009 11:40 am

    waa… ‘night rider’ bakal kluarr… ehe

  4. azral February 5th, 2009 1:15 pm

    100% ler brader…..kekekek
    tapi dapat la sket diskaun lepas buat rayuan

  5. fly_ February 6th, 2009 3:16 am

    selamba pakcik tu kne blasah ehheheh…ni tax 100% dr invoice ke dari docket price?

  6. Kamal Fiji February 12th, 2009 10:59 am

    bape tax?
    aku yg keje embassy nih pon x tahan dpt 50% less tax?
    baru berangan nak beli Mazda RX-8…
    tapi yg bestnyer xyah byr keta bulan2 kan…
    hehehehee…

  7. azral February 12th, 2009 2:29 pm

    memang takyah bayar bulan2 dah… ehhehe
    tak 11k la bro… supposed to be lower than that…t api Yen tengah naik… so naik la semua rege barang import from Japan…..

Posted in Autos, My Life | Comments Off

« Older Entries

theme powered by | LEPRIKON2010 design team | admin login | dashboard |