Salam semua
Ok… atas permintaan seseorang, aku nak ceritakan sikit tips or lebih kepada journal kitorang masa pi brussel haritu. Karangan aku yang ni panjang giler…. so kalau rajin baca , baca ler kalau tak rajin takyah baca… aku menaip pun ikut sedap rasa aku jer… kalau rasa berguna, baguslah. Harap2 berguna. Ok…. Bermula dengan booking sebulan sebelum travel. Aku pakai Ryan Air… masa ni aku tak tau plak Ryan Air punya airport jauh giler dari Town Centre. Pastu masa ni aku tak tau Brussel ni ada 2 airport. Satu City airport dan satu lagi Cheleroi Airport… yang cheleroi ni jauh 65km aku rasa….ok Sambung pasal booking plak. Aku booking ngan ryan air, utk yang tak tau, select Airport Checkin sebab online check in takleh. So skang airport Check in kene 10euro lagik.. Stroller free utk each baby/budak.. so takyah tick dekat instrument , infant tu semua takyah select.. ( click bawah tu READ MORE utk cerita dan gambar seterusnya )


kesibukan pukul 530 pagi kat airport Dublin

Sunset Dublin yang cantik

sampai Brussels Cheleroi Airport
Ok naik flight mcm biasa… kitorang naik aircoach pepagi bute pastu cek in kul 6 pagi pastu flight kul 8 dan sampai kul 1030am kat cheleroi airport. Ok pastu kitorang pi tanya jer kaunter bas kat situ next bus to city centre kul berapa…. dia ckp kul 12.20am.. fuhh lama lagi tu… 2 jam laie… aduh … tapi bila tgk jam kat sana pukul 11.00 dah… rupanya Brussel nyer jam kan cepat sejam. Hheheh so tak lama la tunggu bas.. Bas ticket tu mcm aircoach gak.. leh beli pi balik. Tak salah aku tiket tu pi balik tu rege dia 22euro sorang kot. return ticket. Ingat memula nak naik cab.. tapi bila tanya cab 160euro… kensel lah ehehhe

captured by nazri
Ok bas pon sampai…. terasa janggal sebab left hand drive… aku duduk depan sekali so rasa seriau tgk dia bawak mcm salah lane hehehe ni first time aku experience left hand drive nyer jalan nih…rasa pelik bebeno… kalau aku bawak kereta sini aku rasa tak berani la kot. Tak konfiden lah.

Bas dari airport tu akan berhenti di Midi Metro Station. So bila turun bas, kitorang tanya orang dulu nak pi Grand Place kat mana.. orang tu ckp ikut jalan terus tu , jalan tu sebenarnya jalan ke Midi Metro Station so kalau korang sampai sini.. tanya jer lah kat mana Midi Metro Station pastu kene amik Metro ( mcm tube london la ) utk pi ke Grand Place. Then sampai Kat Station tu ada plak orang tua ni tgk muka kitorang blur… dia bagi guide la kat kitorang ( ada aku story bende ni kat posting brussels part 1)

pakcik ni banyak betul jasa dia kat kitorang… orang pertama yang approach kitorang dan tunjukkan jalan walaupun berbeza bahasa tapi masih boleh berkomunikasi dengan kitorang ehheheheh
Terpaksa tanya lagi kat kaunter kat mana nak pi Grand Place… dia ckp lane no 3 dan 4 tak silap aku dan beli terus tiket kat kaunter tu utk 4 orang. Stesen yang kitorang nak pi utk stop ialah GARE station , guide ni pakcik tua awal awal tadi tu bitau. Gare Gare Gare…. dia ckp ini stesen Midi Midi… ehehhe aku tak paham sebab dia ckp bahasa dutch ker French.. dengar tak mcm french jer. Setahu aku sini memang ada 2 bahasa selain english iaitu Dutch ngan French. So kitorang carik la lane 3 dan 4 ke Metro Gare. Aku tak perasan la plak ada lift utk disable / baby stroller ker tak sebab aku bawak stroller gak tapi aku pakai escalator gak takut berpecah2 plak kang tak jumpa heheh….

Midi Station

dalam metro( tram bawah tanah) utk ke Gare
Tunngu jer la Metro no 3 kot utk ke Gare. Bila sampai jer metro tu , aku naik… aku perasan kat sini ramai betul minah arab. Lawa lawa tu… kalau korang single nak carik jodoh boleh jer hehhehe. Sesampainyer Gare station… kene tanya orang lagi.. so far semuanya rajin utk tolong. Tanya jer.. tak geti ckp french pon takpe… ckp jer melayu hehehe. So dari situ kitorang berjalan sket la tak jauh dalam 30 minit kot slow slow jalan nak ke arah Grand Place. Lawa lawa bangunan dia…. ada modern ade classical . Best la kalau nak tgk detailing bangunan2 lama diorang ni… terjaga rapi.

bangunan lama yang lawa lawa kat sini buatkan aku asik dongak kepala jer ke atas…..


bangunan modern yang ada kat area Gare Station
Dah nak dekat Grand Place… kitorang tanya sorang peniaga restoran , tanya arah jalan. Tak jauh dah. Disebab kan tu kedai Iranian… halal.. kitorang makan tengahari situ jer. Pastu sambung berjalan sampai ke Grand Place… Suasana dia tak sama mcm dalam gambar… selalu dalam gambar feel lain tapi kalau berasa di sini feel dia lain. Rasa mcm berada di zaman ianya dibina. Bz dengan orang ramai. Setiap lorong kearah square ni memang dramatic entrance dia. Kalau tak best, takde la square ni jadik one of the best square in the world.

Restoran Iranian halal punya ni

Lagi 20 langkah ke Grand Place
Aku memang booking hotel yang betul betul depan Grand Place. Bukan apa, senang utk aku carik landmark ni.. insyallah tak sesat.Tanya jer Grandplace kat mana dan hotel aku depan Grand Place tu jer eheheheh… Maybe oleh kerana tak de planning yang ketat, aku rasa relax giler trip kali ni… tak terkejarkan dengan masa…. jalan jer ikut suka hati, dengan satu tujuan kat kepala iaitu Grand Place. So hotel aku mahal sket dalam euro200 satu malam tapi besar giler. ada 2 tingkat sebab tingkat bawah tu Udey ngan Nazri nak tido kat sofabed mengadap Grand Place… satu lagi mezzanine floor utk aku, emmy n sutra. Hotel aku ni nama dia Residence Grand Place. Bawah dia kedai carpet dan yang jaga nya muslim. So far aku tgk ramai betul muslim berniaga dan kerja sini. Kat kedai souvenir pon muslim jaga.

depan hotel kitorang ler nih….
Petang tu aktiviti bebas… Udey jadik our offical photog la kiranya utk trip kali ni. Kitorang tak sempat pun nak pi Mini Europe dan lgpun tak berapa nak minat nak pi. Lebih suka menghabiskan masa sambil tgk bangunan kat area Grand Place tu. Menghati senibina bangunan2 lama tu aku rasa sesuatu yang amat mengagumkan. View yang selama ini dilihat dari dalam buku senibina, kalini dpt tengok dengan bijik mata sendiri. Dengan menggunakan sepenuhnya deria mata, telinga, hidung , mulut dan deria rasa dan sentuhan jari ke batu batuan pavement yang kasar tu, alhamdulillah aku dijadikan sempurna utk merasa semua tu.


Actually ada jer spot spot landmark utk kitorang pi contohnya Manneken Pis… ala patung budak kecik kencing tak habis2 tu la…. tak pi pun takpe tapi nak gak nengok sebab patung ni glemer. Ingatkan besar… lahai kecik jerk ekekekek….

nampak tak patung budak kecik kencing tu…. kuat kencing tu ehhehe
Petang tu kitorang beli souvenir sket utk family pastu beli coklat. Yang glemer sini ialah coklat ngan waffle… coklat ada mcm mcm brand tapi ada member aku Darina ni bitau dia rekemen Leonidas sebab sedap. Jumpa plakkedai Leonidas ni sebelah hotel aku. First time aku tgk beli coklat kene amik no giliran ehhehe. Pastu ckp la non alcohol nyer coklat campor2 . Kalau 750gram rege dalam 14euro. Masa jenjalan tu jumpa gak kedai jual waffle… amik yang strawberi nyer… fuh sedapnyerr waffle dia masa buat tu tak pakai tepung cair tu.. dia pakai doh (tepung uli).. maybe sebab tu la sedap dan special kot. Murah jerdalam 3-4 euro . Lupa nak citer, ptg tadi orang hotel tu bitau kalau nak booking cab kul 4 pagi tu better carik cab petang dan set appointment… so dah skip charge persatuan cab cab brussel… so kitorang carik la cab ptg tu dn suruh dtg kul 4pagi ni nanti.


Malam punya setting lagi best sebab cuaca takde la sejuk sangat…. pakai 2 lapis jer ok dah masa ni. Kat square ni satu jer aku kurang senang , aku cukup rimas diorang letak lampu kat atas square ni , ada dalam gambar ni ha…. terus buat aku rasa mcm dalam dewan serbaguna plak aduh…. pastu bila nak shooting gambar lagi haru sebab bende ni kacau sangat lah…. tak dpt nak amik pure sense of Square tu , gambar building pon jadik kacau especially Town Hall tu dengan building yang ada Baroque architecture tuh.. adeh… tak original la mcm ni kan. Apa nak buat eheheh takde jeki.

Sebelum kitorang pi makan… dah survey dah tempat makan.. aku lupa plak jalan apa tapi dekat ngan Galleries St Hubert tu. kalau lalu galleries tu boleh nampak satu simpang tu banyak kedai makan seafood. Galleries St hubert ni bangunan lama gak… tapi ada covered walkway between the building…aku tak study sgt pasal bangunan ni tapi memang salah satu historical spot. Kat sini leh jumpa banyak gile kedai makan seafood… memang best. Sini kitorang order Mussels yang glemer. seperiuk tu rasanya dalam 15-20euro kot.. tak ingat plak. Muak la gak makan…. kalau perut kecik tu rasanya cukup jer seperiuk share 2 orang pastu order la makan seafood lain.


Emmy makan tak habis… Udey makan lagi tak habis… aku makan habis dan muaknyer sampai harini tak lalu wkakakak. Nazri order ikan rasanya , lupa plak. Sini pelayan yang panggil makan tu mcm kat Mapley bangsar… diorang akan gunakan sedaya upaya daya tarikan …. yang aku perasan kalau kita bawak baby… dia akan puji anak kita dulu…. “hai swettie….. she’s very cute..” kalau kita layan pastu dia akan proceed kepada 2nd step… “bang mari bang makanan sini sedap sedap ehehhehe….”… so kitorang pilih tempat nak makan kat luar… taknak makan kat dalam , nak feel makan kat pedestrian outdoor seating. Amik ko 4 orang makan 120euro… memang diorang ckp sini mahal sket… nak murah ada, tapi jauh sket… takpe lah ….

Night live kat square ni memalam happening. Kebetulan plak ada sekumpulan 20 orang berbaju smart , laki2 lah… tuxedo semua smart.. hensem2 sorang.. mcm boyband pon ada… pastu aku tgk diorang ni mcm lain macam jer… terus aku teringat kat Gay Festival kat salah satu event dalam diari Brussels… sah la tu… semua gay …ish ish ish.. tapi diorang tak kacau orang.. cuma mabuk2 jer nyanyi kuat kuat… kat square tu kalau dah nyanyi kuat, bergema la kan ehehhe….. bila malam semakin lewat.. keadaan makin tak terkawal.. masa ni emmy dah masuk hotel tido.. aku ngan udey jer lepak luar sambil memerhatikan perangai orang. Duduk atas pavement tu layan blues. Seronok tgk orang… kekadang ada plak gay 2 orang tegur… Ola Ola…seram aku.. ignore jer wkakakk… pastu kengkadang ada plak awek tegur udey nak pow rokok udey… sempat aku bergambar eehhehe

….. semua peramah. Pastu ada plak Politie( polis) diorang dtg area tu sebab ada orang gado dalam pub. Hmmm mcm mcm la satu malam punya cerita. Pastu lebih kurang kul 1 aku balik hotel tido… udey update blog dia . Wireless sini free dalam hotel.


Kul 3.30pagi alarm aku bunyik. Semua aku paksa bangun… kalau takkang tak balik kang ehehe…. pastu tunggu la kat bawah tu, kul 4.15am still taksampai lagi cab tu… terpaksa buat plan B… terus carik cab lain itu jam gak.. jumpa.. dia ckp 40-50euro… ok set…. pastu bila sampai airport.. aku tgk lain bebeno airport dia.. hmmmm pastu aku ckp la Cheleroi , pastu dia ckp yang tu airport lain… aduhh pastu nasib baik driver cab tu baik hati… maybe dia tau kitorang muslim gak dan dalam kesusahan…. dia tolong hantar gak ke Cheleroi Airport walaupun jauhnya mcm KL SEREMBAN….fuh….. kecut gak perut dalam tu. udey dah bantai tido… aku ngan nazri plak seriau tgk meter cab….makin lama makin naik.. dari 40euro terus jadik 230euro bila sampai Cheleroi airport tu… driver cab tu pon geleng kepala dan tak sampai hati… dia letak la 200euro.. banyak tuuuuuuuuuuuu… takpe takde rezeki… so begitulah pengalaman yang manis sepanjang hari tapi last last ada plak scene kecut perut… eehhehe so utk sesapa yangbelum pernah pi Brussel dan nak pi Brussel dari Europe… pastikan airport mana korang berenti heheh kalau Cheleroi tu memang jauh tapi kalau city airport tu tak jauh , dalam bandar gak. Ok harap membantu utk sesapa yang nak pi makan angin….. winter ni so time agak pendek… stay la 2 3 hari baru puas. Kalau nak tanya apa apa , sila gunakan ruang komen di bawah yer heheheh… selamat!
Gallery gambar
salam bro azral..rasa macam teruja pulak nak pi brussel..mahal ka barang2 kat sana?sini hari ni suhu max 6degree..ha..guna lightbox version mana..lightbox dekat stimuli.ca tu rupa2 nya bole ada button next jugak..
panjang citer.. kat umah nanti aku baca.. hehe..
version mana aku pun lupa plak … kat plugin aku tu dia tulis ni > Lightbox JS v2.2
best best…duit bule dicari pengalaman tak bule ditukar ganti tapi hanya bule dikongsi..good info thanks
correct correct correct
beb..tima kasih byk2 kerana sudi berkongsi pengalaman
tapi 230euro for tambang cab? hehehheee
pasti aku simpan tip2 yg ko bagi tuh ..insyaallah one day smpi aku kat sana..huhuu
hhhehhe itulah akibat tak study dulu pasal transportation… actually kitorang dah ada dah tiket bus return tu cuma bus tu kalau nak naik jauh sket , pastu first bus dalam kul 4.30… mana sempat nak nak kejarkan ke airport… itu pasal kitorang naik cab. ehhhee….
insyallah kalau ko pegi nanti plan elok elok hyer ehhehe
info yg lengkap bdasarkan pengalaman ni yg plg berharga..
terima kasih byk2 dpt kongsi bersama..
disebabkn da ada tips ni nmpk gaya msti jejak kaki jgk la kt Brussel ni nk mrasa waffle & cokelat sedap tu..:)
oh lupa nk tnya..cmne cuaca & suhu msa korg pg aritu ek??
sejuk mcm dublin ke?
memang harus pi… tapi kalau dpt ejas time table tu supaya dpt kejar bus dari cheleroi tu lagi bagus 22euro…. tak pun try carik aerlingus yang murah sket… nak tapau waffle leh tak? strawberi yer jadik ler ehhehe
haritu kitorang pi alhamdulillah cuaca paling best…. tak sejuk sangat tak panas sangat… angin pun tak de sangat so memang sedap.. skang ni tak tau ler… dah beku dah pon kat sini hheheheh sana sure sejuk gak tu … tapi leh tgk forecast ler kat website
hehehe…pengalaman beb,next trip kita carik tempat lain pulak…waffle aku kumpunan..heheh
pengalaman yg mnarik tok dikongsi bersama..tp best walaupun tak tau jln n mcm nak sesat..tp klau sorg2 mau panik gak tuh,lg2 klau diorg tak english,kn bagus klau g mane2 ade je org mcm pakcik tu kn..bro azral dah 2,3 hari tak update blog,bz ke?ape cite terbaru geng kat sana?
thanks jas..memang 2 3 hari ni bz sket… harini baru sempat nak berfotography…. ehheeh esok ader shooting di stephen green dublin…. tadi baru balik dari temple bar utk menikmati last halloween in dublin…. heheeh stay tuned..















































































































































aku sokong tul kau wat blog nih..jimat kertas jimat pen…ni la diari digital. Teruskan..cumer tak semua leh sharekan..tapi yer pada diari konvensional. Aku ckap sbb aku pun tak sker tulis diari..dulu yerla. he he he..time aku bercinta semua tuleh saat mater bukak sampai tutup mater..ha ha ha..lain bebenor bunyi nyer plak.
biler aku dengar psl ofis kau nih..takut gak.
tapi aku cayer kau cekal hadapi dugaan nih..
kuat semangat yek..hidup mesti diteruskan!
rin.. bukan opis aku jer… satu ireland mcm tu eheheh, tawakkal jer… bagi aku senang jer, kalau ada rezeki… ada lah… kalau takde sini.. kita carik tpt lain eheheh
hehe..ko nak gi mana,dok je la sini…mana tahu ada rezeki aku nak datang dgn family 2nd time nanti,mana tau..huhuh..
balik kampung la beb apa lagi wkakakakkaka
comey sungguh sutra ney..suke sgt tgk muke die..
alhamdulillah….
aku baru tengok Fotopages ko bro… cun cun gambar dalam tu .. keep it up…
eleh…rezeki ader dimana2….
yang penting usahakan….
bro balik mesia pun still ader keje gi.. kat pej ariq ader kosong hehehhehe… dia tgh serabut byk keje…
comelnyer sutra ni… nanti balik seremban jgn lupe bwk berkenal2 ngan anepp yerk….. rase mcm nak cubit jekkk pipi dia….
kalau apply boleh dpt ker kat opis ariq tu….
keje apa? susun file ker ehhehehe….. kalau betul ada, nanti kasik tau kay… email la kalau ada bagus punya pos….
ya betul… rezeki memana ada.. itu yang carik sampai ke sini tu ekekkeke pastu bila dah habis emas negeri orang… kita carik emas tempat lain pulak ehhehe
thanks enol
dia kata aritu nak pakai arkitek arrr….. nanti balik tanya arr dia hehehe… kalo susun file….meh keja kat opis aku ni file dah bertabur2 x bersusun2 hehhehehe
heheh mmg btol..comel sgt..geram je tgk die..bro SN pn ckp comey sgt2..cute ble snyum dgn xde gigi lg..ble da tumbuh sbatang 2 mst lg comel!
yeyeah.. wat blog macam tulis kisah idup..
sapa nak baca.. silakan.. tanak baca takyah la baca kan..
best jugak kalau baca sendiri pun.. bolah tambah cerita anytime..
teruskan usaha..