Salam , dah lama gak tak update… biasa la makin dekat ngan hujung tahun , makin bz dengan kerja kerja editing dan juga wedding yang setiap minggu ada job. Alhamdulillah . Bila respon yang diterima semua nya positif, makin semangat nak buat editing dan compose album cantik cantik. Walaupun masa aku aku spend utk kerja kerja editing ni tak semewah masa yang diperolehi oleh photographer2 lain , aku cuba gak membahagikan masa sebaik mungkin. Disiplin amatlah penting dan juga paling penting ialah support dari orang terdekat iaitu family. Alhamdulillah semua tu aku atur sebaik mungkin , masa utk family kene ada… kalau tak merajuk plak si Sutra tuh….
Berbalik pada wedding job kali ni…. kalau last month aku ada buat prewedding utk pasangan ni. Harini aku dan Mr Fly sama sama meredah Bora Ombak utk mendapatkan shot shot yang menyentap hehehe… ayat kene power … whahaha… terima kasih pada mereka2 yang terlibat dalam menjayakan shooting kali ini…. terima kasih kepada Julian and Liz kerana memilih kami sebagai penulis minit bergambar



















