
Salam….
lama tak update…. sorry…. takde event sangat so agak slow la . Tapi event kali ni aku nak buat posting utk meraikan malam kejayaan skuad hobin jang hobin. Aku ni nak kata tengok bola kat tv memang tak minat. Tengok EPL pun liat. Tapi bila datang bola tempatan yang melibatkan NS ni , memang takkan aku buat derk nyer…. kalau game tak penting, kalau ada peluang tgk live kat tv ( kalau ada) aku akan tengok. Minat ni dah lama… bapak aku la dulu selalu bawak aku pi stadium MPS kat depan LLN ( TNB) dulu…. ingat lagi NS lawan Serawak. Menang last minit. Masa tu Marian Valach main. Punya la ramai sampai kat tiang lampu spot light besar tu pon ado jo orang manjat. Penantian demi penantian utk menang makin lama makin sepi dan ada satu masa tu give up habis dah malas nak layan. Lepas pasuk final tahun 2000 dulu Perak lawan NS kat Shah alam, pun kalah. So pernah rasa frust banyak kali gak la. Mana tak keciwa…. tapi still follow kot kot ada miracle. Utk musin 2009 aku follow , adik aku lagila follow sebab dia kat seremban…. semua game la dia pi. aku jer malas nak pi sebab aku dah set dalam kepala otak, kalau masuk final baru aku nak pi. Akhirnya NS masuk final lagi tahun 2009 ni. Kalau ikut statistik adik aku, NS akan masuk final every 3 tahun. so 2000, 2003, 2006…. dan skarang 2009. Spatutnya tahun ni menang….. nak kata presure , tak gak sebab ala pernah kalah per, so kalau kalah lagi…. adat la tu…. Takpe…. kito pi. Bapak aku yang jadik tokan tiket. member aku semua beli kat aku, melalui bapak aku , kalau nak tunggu bukit jalil nyer tiket alamatnya hari jumaat baru bukak kaunter…. konfem la tiket habis sebab yang lawan nyer Kelantan. Sure supporter kelantan ramai giler. Hari yang ditunggu telah tiba. Sepanjang perjalanan jumpa bendera NS…… bangga melantun lantun. lama wooo tak rasa hehehe….. dipendekkan cerita…. bila dah masuk stadium… masyallah, aku nampak merahhhh ajer… lebih kurang 1/4 baju merah… kelantan la. Giler… ini macam aku yang presure….sekali dia sorak…. bingit telinga… raspik kat situ dengan crowd yang dtg. Syabas supporter Kelantan yang bersemangat datang dari jauh.


Lepas game start… dalam minit ke 17, stadium bergegar dengan sorokan goal!!! NS score…. bermula dari situ la semua sorak bagai nak gila sampai la kesudahannya 3-1…. lepas 3rd goal plak, dah nampak kekecewaan suporter kelantan . Mula lah bakar sana sini… mercun tu dari awal memang ada jer stock diorang nih. Banner di jatuhkan , kerusi dibakar… hmmm telah pun diduga. supporter ns nengok jer la. Frust gak nengok senario mcm ni. Bila la supporter bola sepak mesia nak berubah. Adat la kalau kalah . Harap2 pasni elakkan la bakar bakar ni. rosak imej masing2 . Kemenangan berpihak pada ns kali ni lepas 61 tahun kempunan nak menang… ngeh ngeh… malam paling happy utk semua supporter NS. Tahniah semua team! Kepada team Kelantan…. cuba lagi tahun depan.
httpv://www.youtube.com/watch?v=bWN5265VGCE
Itu la serba seikit story malam tu. Ni gambar tak seberapa ni. Aku tak bawak dslr so aku bawak video cam jerk . ni pun gambar kamera orang lain…
Sekian …. Hobin Jang Hobin!



















mak aih… padan lee aku tengok rss lama tak update sini rupanya… anyway tahniah n sembilan bepeluh campur berpuluh taun baru dapat…
lame tak blog blog kwn2,blog sendri pun dah naik keras tak bukak2..hehe..seme ni gare2 broadband yg mcm haram kdg2 ni..aku hepi gak NS menang..kerusi bkr pun tak guna klau bola masuk gol ternganga..hehehe
torot suda dapat ka itu wong fey hong,.